Jan 31, 2011

Angpow

saya dapat angpow dari kawan ayah untuk raya cina walaupun saya dah kerja..hehe

saya tak kawin lagi mestila dapat..hoho

rasa-rasa berapa dalam tu?

Happy Chinese New Year!

Jan 28, 2011

::Cook at Home::Nasi Goreng Kerabu~

menu rushing petang smlm untuk makan seisi keluarga bila kakak sibuk dengan baby, saya baru balik kerja..anak sedara perempuan pun br balik tuisyen..

Bahan - Bahan
  • 5 ulas bawang putih - kisar
  • 1 ulas bawang besar - kisar
  • sedikit udang kering -kisar
  • sedikit halia - kisar
  • 6 ulas cili api - kisar ( ni ikut selera la..saya suka pedas)
  • 3 batang serai - kisar
  • 2 batang serai - hiris
  • 1 bunga kantan - hiris
  • Sayur kobis - hiris ( sayur pun..ikut selera la..nak senang sayur ni)
  • 2 biji telur
  • Ayam - potong kecil2
  • Fish cake - potong
  • Garam secukupnya
  • Nasi yang siap dimasak
Cara - Cara
  1. Goreng telur bagi nampak macam scramble egg atau telur hancur..Boleh jugak nak masuk akhir sekali..tapi nnt kena serap ngan nasi..tak rasa la telur nya
  2. Letak ke tepi telur tadi
  3. Masukkan minyak dalam kuali
  4. Minyak dah pns..tumis semua bahan-bahan kisar bawang, halia, cili api,udang kering dan serai
  5. masukkan Ayam.
  6. Masukkan Garam secukup ye
  7. Tambah sedikit air.skit je!suku cawan je..
  8. Dah masak skit ayam, masukkan fish cake, dan bahan yang dihiris, serai dan bunga kantan
  9. Air dah kering skit.Masukkan Kobis
  10. Masukkan Telur digoreng tadi..
  11. Dan terkahir sekali..masukkan nasi..Gaul bagi sama rata.
  12. Siap!
Nasi goreng dengan keropok udang dan sotong!

Jan 27, 2011

siapa hack Zuckerberg?

semalam Facebook page Mark Zuckerberg kena hack..

A message said :
"Let the hacking begin: If facebook needs money, instead of going to the banks, why doesn't Facebook let its users invest in Facebook in a social way? Why not transform Facebook into a 'social business' the way Nobel Prize winner Muhammad Yunus described it? http://bit.ly/fs6rT3 What do you think? #hackercup2011"


1803 like this message and 438 comment!!

Mark Zuckerberg profile::hack message

they blame a "bug" yang telah membenarkan orang tak dikenali untuk post something kat page tapi dont have access to private data!

Guess what..they fixed the bug and already removed the message!

Siapa buat ni??dieorg still tak tau..masih disiasat..


Jan 26, 2011

::Cook at Home::Mix Vegetable with Olive Oil~

Sayur ni adalah sayur campuran, kobis bunga, broccoli, cendawan butang, carrot di masak bersama olive oil.

olive oil adalah minyak yg sgt berkhasiat dan kurang kolestrol dan mahal..hoho
ok..berhenti membebel..

Bahan-bahan
  • Broccoli
  • Kobis bunga
  • Carrot
  • Asparagus - option je..saya suka asparagus
  • Olive oil
  • Cendawan butang - potong2 kan
  • 2 ulas bwg merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia - untuk lembut kan isi ayam
  • Ayam /kisar sampai hancur
  • garam
  • Lada hitam
Cara-Cara
  1. Masak air dengan garam
  2. Masukkan Sayur carrot, kobis, asparagus dan broccoli di dalam air garam yang di masak tadi
  3. Masak kan hingga sayur2 td lembut..tapi jgn terlampau lembut..nnt hancur plak
  4. Tapiskan sayur tadi dan letakkan ke tepi
  5. Masukkan olive oil dalam kuali.
  6. masukkan ayam yang dikisar td dan kacau bagi hancur ayam tu..walaupun kita dah kisar die masih melekat2
  7. Dah hancur ayam, masukkan lada hitam dan sedikit garam.Kacau kan.
  8. Masukkan Cendawan butang
  9. Masukkan sayur yang dah separuh masak tadi.
  10. Gaulkan bagi sama rata..
  11. Siap!
Sayur Olive oil siap!

Jan 25, 2011

I love Tutti Frutti!

Saya suka kan yogurt ni..ada banyak flavour..chocolate, kiwi, apple, strawberry, plain, rasberry, dan banyak lagi tgk kt website tutti frutti sendiri http://tfyogurt.net/?mid=sub02_01

ada toppings cornflake, strawberry, chocolate, M&M, kacang, nata de coco, kiwi, dan banyak lagi..hoho

tapi agak mahal..huhu..lihat gambar di bawah..ini harga ye lebih kurang RM 18++..
makan on saturday last week kt tropicana mall before watching movie~

::Hormati Nikah::

tak ada tapisan..br dpt email pg ni~
apakah gambr di bawah ni?

masing-masing nilai sendiri~

rasa ye atas kepala die tu..tudung..atau tutup kepala..atau..saya dah buta..bantu la saya..sekian terima kasih..

Jan 24, 2011

::Rumah Salji::

Hilang pd hari minggu~busy berjalan-jalan..

Quick trip with Mr Izuan on saturday at Bukit Cerakah Shah Alam..semata-mata nak pi rumah iklim 4 musim ~ four season house

Now rumah iklim 4 musim adalah musim sejuk..

Orang salji dalam rumah iklim bukit cerakah~

suhu 0.7 c..sejukla jugak..huhu..winter will be from december - February..so pada siapa2 nak rs sejuk sila pergi sebelum abis february..

Spring March - may
Summer June - August
Autumn September - November

Jan 21, 2011

Tak mahu

Tak mahu cter pasal berita

tak mahu cter pasal masak

Tak mahu cter pasal blog

tak mahu cter psl diri

Tak mahu cter apa-apa

jumaat yang boring~

Tak tahu nape rasa sangat bosan hari ni..extra bosan~n

Jan 20, 2011

Momok!

waktu maghrib mengingatkan saya kembali di hari kejadian saya melihat ular yang bukan ular sebenar..

saya fobia menyikat rambut memandang cermin pd waktu ini..saya akan sikat dan pandang..tp tanpa melihat keadaan sekeliling bilik melalui cermin tersebut..

saya mengaku..saya sedang berangan waktu tu..tipu la korang tak berangan waktu kecik dulu..umur pun baru masuk sekolah rendah agaknya..sambil sikat rambut sambil berangan..tibe2, nampak ular sedang melilit bantal tempat saya tido..panik!keluar menjerit memanggil ayah dan sekembali ye, tak ada apa pun di ctu..malah satu bilik digeledah..sisik ular pun tidak ada..
kerana masih lg takut..ayah memanggil tok imam dtg ke rumah..dan..penerangan diberi kepada kami..sesuatu dah terperangkap dlm rumah kami..dan die dah menjadi lemah menyebabkan die menukarkan diri ye kepada ular supaya dapat dilihat kita..

tapi kenapa saya yg nmpak?sbb saya berangan depan cermin waktu maghrib?haha..
saya dah tak berangan depan cermin..malah lebih selesa menyikat rambut tanpa memandang cermin..melainkan ada org lain dlm bilik tu sekali..

nuffnang sakit ke?

nape ngan encik nuffnang pagi ni?sakit ke?

demam?sakit perut?

ke cuti Thaipusam jugak?

nape mcm ni bile buka nuff?
kalau saya dulu..kuar ni sbb code ada error..

NAPE?
kenapa?
mana emergency response team korang?
pengguna nak tgk nuffnang la..penat dh reload..sama je kuar ye..

Jan 19, 2011

rahsia 25?

sebenar ye tajuk die 25 random things about me..tp cam boring je..haha

terima kasih Atikah amalina dan ADfeez sbb tag sy~~

  1. saya tak akan sebut nama penuh saya di sini dan jangan bermimpi untuk bertanya..
  2. kawan-kawan saya mmg panggil saya atie.
  3. saya juga sangat menjaga segala maklumat saya di tempat lain..seperti twitter saya.
  4. saya masih lagi mempunyai friendster..tp atas nama Ms Izuan<--kekasih saya
  5. dah hampir setahun saya tak buka friendster.
  6. saya mempunyai blog seawal tahun 2007..tapi blog awal tu dah pun saya tutup
  7. satu-satu ye virtual tempat yg mempunyai detail saya di Facebook sahaja
  8. facebook saya restricted to people saya kenal sahaja.
  9. Facebook saya ada lebih 800 orang kawan..tapi percaya kah..800 orang dalam facebook mmg saya kenal dan saya pernah berkawan
  10. saya akan reject segala jenis friend request dalam facebook jika saya tak mengenali orang tu sekalipun mutual friend lebih dr 50..
  11. saya tak percaya pd menambah kenalan rapat di alam maya..cukup sekadar berkawan mcm tu je..lebih-lebih is NO!
  12. saya adalah orang yg suka baca CNET security news, search security news hari2..tahukah anda application di facebook yang anda guna dengan menekan butang allow to acces your information menyebarkan information anda tanpa anda sedar..sila pastikan privacy setting baru di facebook masing2 di set semula..
  13. saya mula ada email akaun seawal umur saya 10 tahun 199?<--xingt~malas nak kira.
  14. saya tak guna Internet explorer..saya hanya menggunakan chrome atau firefox
  15. saya tak ada akaun tagged atau my space atau lain-lain akaun social networking
  16. saya lebih suka menghabiskan masa bermain freecell atau solitaire dari pergi berjalan-jalan
  17. saya tak suka sangat membeli belah..saya hanya akan pergi, ambil brg, byr and balik.
  18. saya suka kan barang berjenama dan saya akan pakai untuk bertahun lama ye.
  19. handphone saya, saya pakai lebih dari 5 tahun baru saya tukar..selalu ye setelah mengalami kerosakan.
  20. saya mempunyai 2 handphone dan 2 line yang berbeza dan dua2 aktif
  21. saya mempunyai handphone sejak tingkatan 4.
  22. gadget yang paling saya sayang adalah ipod touch 4th generation saya.
  23. saya adalah orang yang tak tahu masak sebelum saya abis belajar dulu.kini saya lebih dari tahu..<--persediaan awal..hehe
  24. saya tak brape suka pada bdk kecil dulu..kini saya ada 10 org anak sedara dan kebayakan ye suka bermain dengan saya.
  25. dan..saya malas la nak tag orang kerana saya pun malas nak wat menda ni..haha
SEKIAN!

::Cook at Home::Ayam Seri Wangi~

Dah brape entry tak tulis resepi..arini nak cter pasal ayam seri wangi..
Menu ni, datang dari chef wan punye menu tapi diubah serba sedikit..

Bahan-Bahan
  • Ayam
  • Daun Limau Purut 2(4 helai )
  • Mayonis
  • Tomyam adabi paste 1
  • Tepung Jagung
  • Tepung goreng serbaguna
  • 1 Serai hiris
  • 1 Bunga Kantan hiris
  • Halia blend
  • Bawang Merah 3 ulas blend
  • Bawang putih 3 ulas blend
  • Telur
  • Sos tiram
  • Garam
Cara - Cara
  1. Perap ayam tadi ngan sos tiram, telur dan sedikit garam untuk setengah jam
  2. Gaulkan ayam bersama tepung serbaguna dan tepung jagung dan gorengkan ye.
  3. Tumis Bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun limau purut, dan bunga kantan.
  4. Masukkan Tomyam paste
  5. Masukkan ayam yang dah siap di goreng tadi.
  6. Akhir sekali, tutup api dapur..masukkan mayonis, dan gaulkan sama rata.
  7. Siap!
Ayam Seri Wangi!

Jan 18, 2011

BE Nuffnang!!!!!

Korang-korang sekalian..saya terharu petang ni..ada Buffered Earning dari Nuffnangs!!!!!!!!!!!!!!!

sekian lama menunggu encik BE ni kuar..baru hari ni nak muncul!!..saya suka..weeeee



Terima kasih!!!!!!!

Terima kasih juga pada kawan-kawan blogger yang bermurah hati..baik hati..suka hati..senang hati..dan apala hati-hati datang blog ni dan meninggalkan komen..Akan saya teruskan pembacaan google reader saya kat blog-blog korang dan cuba meninggalkan komen dan kesan kewujudan saya kat blog korang...terima kasih!!!

hari ni dinner office kat Shogun - Restaurant Jepun kat Sunway Pyramid..

sebenar ye malas nak pergi...huhu..ok BYE!

Jan 17, 2011

Aku ini Wanita

First time join segmen : Aku ini wanita BEN ASHAARI~(^_^)


saya tak pernah kena tipu dengan seseorang yang bernama lelaki..malah saya lebih byk curiga ngan orang yang bernama lelaki..saya juga tak berkahwin lagi..tp ingin saya luahkan sesuatu yang istimewa selama 6 tahun ni...

seawal menjejakan kaki di alam awalan universiti dulu.sy malas nak meletakkan hati saya pd sesiapa..wlpun saya ada menyukai orang..tp..biasela suka2..org tu tak semestinya suka saya..tp apabila orang disukai menyukai kite kembali..mestila tembok ego tu runtuh..dan percintaan hati bermula..

di umur pertengahan 20-an ni..dah 6 tahun saya bersama si dia yang sangat ikhlas pada saya..bukan sahaja ikhlas menyanyangi saya malah jujur..tak pernah putus asa dengan saya..sangat bersabar dan banyak berlembut dengan saya dan percaya atau tidak selama 6 tahun ni we r in long distance relationship..saya sendiri pun tak percaye..mungkin kerana sudah berjodoh..

jauh di mata dekat di hati..ye...mmg dekat di hati saya..di pemikiran saya..tak pernah saya lupa insan yang bernama izuan..(^_^)

~atie~

Jan 16, 2011

Tragedi Natrah

Andai aku seorang ibu..

ingin aku tahu bagaimana rasa hati memberi anak pada bukan bangsa sendiri..

ingin aku tahu bagaimana rasa hati menerima anak bukan bangsa sendiri..

ingin aku tahu bagaimana mempertahankan seorang anak yang bukan dari darah daging sendiri

ingin aku tahu derita menerima hakikat hilang kuasa menjaga permata hati

ingin aku tahu mengapa begitu benci

ingin aku tahu mengapa dikurung dan dipaksa anak tanpa rasa hati

ingin aku tahu apa rasa apabila anak membenci diri

~seharian membaca tanpa henti~

dan

andai aku seorang ibu..
ingin aku tahu bagaimana rasa apabila anak yg dulu dibela datang mengaminkan doa di kubur ku sendiri...

perasaan pilu membaca derita setiap insan yang terlibat dlm tragedi ini..

Jan 14, 2011

sexy SPAIN man!

Sexy Latin man adalah Enrique Miguel Iglesias Preysler..

mesti korang tak kenal..hehe..kalau tengok gmbr bwh ni kenal tak?
Enrique Iglesias!!

Arini ari gilakan encik Enrique Iglesias!!

Gila psiko mendengar lagu spanish die Alguien Soy Yo!
Walaupun ada lagu ni dalam english die nyanyi..tp die nyanyi dalam Spanish mmg sexy abis la..hahah..

die nyanyi dalam siri How i met your mother lagi la lentuk saya dengar ye..erk..

tambah plak encik BF bg saya chorus lagu ni kt FB wall..aaaaa..ske2...terima kasih2..hehe

Sekian!(^_^)

korang tahu tak bapak die pun penyanyi Latin yang famous..Julio Iglesias!

::Cook at Home::Pasta Salad~

Semalam Potato salad..arini Pasta Salad ala-ala kenny rogers jugak..

Bahan-Bahan
  • Pasta spiral
  • Garam
  • Broccoli
  • Bawang besar-separuh je
  • Carrot
  • Bell Pepper
  • Italian herb
  • Bay leaves
  • Olive oil
  • Lemon
Cara-Cara
  1. Rebuskan Pasta spiral bersama air garam
  2. Hiriskan bawang besar, carrot dan bell pepper
  3. Letakkan Olives oil dalam kuali, Tumiskan italian herb, sehelai bay leaves dan bawang besar.
  4. Masukkan carrot, broccoli, bell pepper dan sedikit garam.
  5. Masak sehingga sayur sedikit layu.
  6. Tapiskan pasta.masuk dalam mangkuk atau periuk.
  7. Gaul kan sayuran yang anda masak td bersama pasta.
  8. Jangan lupa letakkan olive oil lagi, supaya die kelihatan sedikit berminyak.
  9. Perah kan lemon dalam pasta serta gaulkan dengan rata.
  10. Siap!
Pasta siap!

Jan 13, 2011

Paksa tanggal TUDUNG??

kalau korang yang bertutup litup dari sekolah rendah mcm atie ni pastu dapat tawaran kerja dari company idaman korang yang mewah + terkenal + gaji banyak + company tu pun nak ASAP tp syarat ye tanggal kan tudung korang!!..Apa pilihan korang?????
kerana mengejar nama iman binasa?
mana yang anda pilih?

bukan sekali atie baca pasal kisah company tak mahu terima pekerja yang memakai tudung..terutama untuk bekerja di butik 1st class ni..okla fine..butik should free hair..but for well known BIG company..WTH are u thinking hah?Pick up ur phone, call my friends, offer job to her and ask my friend to take off her scarf?????!!! dah ilang kewarasan ke?atau anda tak sayang nama anda dan company anda yang besar tu??

kepada diluar sana..hina ke pemakain tudung ni?..low class ke?..nmpk buruk ke dari pemandangan customer/client korang?
Mencabar iman muslimah btul la zaman skang ni..skang disuruh buka tudung..nanti-nanti disuruh membuka baju..belum lagi cerita pasal company yang tak bagi staff ye semayang..herm

P/s:kepada company MJ yang saya sayang..u've done so well in offering job to my frenz..nasib verbally je..kalau tak mmg aku tayang dah offer letter hang kan semua orang..

maafla kerana kekasaran bahasa dalam entry ni..tapi permintaan untuk menanggalkan tudung tu mmg tak boleh diterima.

Jan 12, 2011

::Cook at Home::Potato Salad~

Kali ni nak bagi resepi yang senang..Ala-ala kenny roggers punye potato salad but Home made potato salad!

Bahan-bahan
  • Kentang potong bentuk wedges
  • Bawang besar - Separuh sudah
  • Butter/majerin- resepi ni pki vitalite je
  • Bell pepper/cili benggala
  • Perahan sebii lemon
  • Mayonis
Cara-cara
  1. Peel kentang, potong secara wedges, steam kan kentang tu sampai empuk
  2. Hiris bawang secara halus
  3. Gaulkan kentang empuk bersama bawang dan bell pepper
  4. Masukkan sedikit demi sedikit butter dan gaul bagi rata
  5. Letak mayonis sedikit demi sedikit dan gaul bagi rata
  6. Perah kan lemon dan gaul bagi rata!
  7. Siap!
kami makan bila buat BBQ..erm..sedap!

Potato salad tanpa bell pepper..
sbb ramai yang tak makan bell pepper tu!

CLiChé

entry with no point..nak showing off banner..

apabila kerja tak ada...

banner dibuat dengan paint je..

siapa rasa patut dikekalkan?siapa rasa tak patut dikekalkan?

jangan kutuk orang lidi tu..kesian die..unless korang nak watkan orang yg comel untuk cliche ni..hehe

BTW..saya suka perkataan cliche tu..sebab describe my blog..sometimes its true sometimes its not..sometimes overused!

Jan 11, 2011

Gatal or Angau?Gila agaknya..

kepada seorang pemanggil yang tak putus asa selama 2 minggu ni mencari gadis bernama AYU..sila mencari ayu di tempat lain..kerana kami dah pun membeli no ni dari pihak celcom untuk kegunaan business..

suara bdk skolah yang mcm nak bunuh diri apabila percubaan panggilan telefon die bukan disambut gadis bernama AYU..saya letih..dan malas nak menjawab panggilan angau die dah..die 100% tak percaya saya bukan AYU yang die cari..wlpun saya tipu saya bagitau yang saya dah pun berumah tangga..

kalau niat anda sekadar nak bermain..gatai nak berkenalan dengan randomly menekan nombor orang..mmg bukan saya la orang ye..i dont bother those unidentified number calling me and ask for AYU..

kalau niat anda mmg nak cari AYU kekasih kamu yang lama..ni mmg bukan AYU..ni mak AYU!!bengong..ok..kalau dah bukan AYU bukan Ayu la..pastu tnya nama plak..gatai tak pasal-pasal kenapa ye..penampor nak?dalam sejarah keluarga turun temurun saya tak ada yang bernama ayu..SEKIAN

Award dari Yus!

Ucapan anda:
Terima kasih kat yus sebab bagi award ni kat atie..

Berikan 4 ciri lelaki/wanita idaman anda untuk anda jadikan suami/isteri:
Nape nak 4??haih..Alhamdulillah dah 6 tahun saya jumpa lelakki idaman hati saya..
  • Hormat saya..
  • Ikhlas sayang kat saya
  • semayang cukup waktu
  • sabar dengan saya yang cukup degil ni..
Berikan 1 tips ringkas untuk kekalkan hubungan dengan pasangan anda:
Jangan gaduh lama-lama

Pernah anda jumpa doa perdekat jodoh & putus cinta ?
pernah!tapi tak pernah baca..tak ingat dah mana jumpa.zaman sekolah dulu..

Letakkan 10 link blog pilihan anda dan beritahu bahawa mereka telah memenangi award ini:
ok..atie adalah orang yang mmg malas nak tag orang..kat FB pun malas..apatah lagi blog..SEKIAN!

Jan 7, 2011

Dunia Tanpa Engineer!

sharing with all blogger from my email..

Cuba korang fikir dunia ni tanpa engineer/jurutera yang mencipta segala menda di sekeliling korang...
Lihat kartun di bawah..

Dunia tanpa Jurutera komputer!!
Tak adala blog korang..tak ada blog saya jugak kot..Zzzz

Dunia tanpa jurutera elektroniktak ada TV, radio, PSP, PS3..wiii..n wutever yg korang hantu sgt smpi berjaga malam..

Dunia tanpa jurutera awam
Jangan kata jambatan..rumah pun tak ada..duk dalam gua jom..

Dunia tanpa jurutera mekanikal
takde train..takde kereta..jalan kaki la..

Dunia tanpa jurutera komunikasi
Alexandar Graham Bell mungkin?Hello..hello..dengar tak?

Dunia tanpa jurutera kapal terbang
macam Olville and Wilbur Wright! percubaan penerbangan..

Dan akhir sekali..dunia tanpa jurutera elektrik!

Gelap!kikiki

sila hargai jurutera yang ada di dunia ini!!
to all my frenz yg graduate dulu...Congrats!we are apart of computer engineer..Bangga la skit..hehe
SEKIAN!

Army Wedding

Apa yang paling menarik kalau menghadiri perkahwinan seorang tentera?

Kawad Pedang!
kawad pedang pertama yang saya hadir dulu(navy)

tp 2 hb januari aritu terlepas melihat majlis kawan sndiri..lambat sampai..
dan tapi lagi..smlm dapat tengok kawad ni dan encik buah hati menjadi pengiring pengantin..(^.^)

pada yang belum tgk dan nak tengok..rajin2 la tanya kawan-kawan yang mana ada bekerja sebagai tentera atau akan berkahwin ngan tentera..mesti korang dapat tgk nanti..

saya dah banyak kali tengok..tak adala excited sangat..tapi org lain excited..bayangkan org tepi-tepi ni sibuk mengambil gambar..siap hari smlm ada la akak ni cakap.."kite plak excited tgk" siap mintak laluan dr saya sebab nak ambil dr dekat..sebenarnye..kalau saya,sy rs segan nak lalu bwh pedang..segan orang tengok..fuh...malu la saya..bleh pengsan tengah jalan bwh pedang tu..hehe

tapi..hati saya dah 6 tahun dicuri seorang pegawai tentera...mmgla saya akan lalu jugak bawah pedang nampak ye..hehe
Selamat pengantin Baru buat kwn saya n husband die pd 2 januari lepas!

dan

selamat Pengantin baru pd junior saya dan wifey die semalam!

Jan 6, 2011

Stesen LRT Sri Rampai ada hantu?

AMARAN!

jangan baca malam-malam..

Last week lalu sebelah LRT seri Rampai!

Hebat!dah buka la station tu..dah lama saya menunggu station itu dibuka..curious btul ngan keadaan station yang terbiar tanpa penjagaan yang rapi..bertutup ngan papan2 lapis kayu..nampak gelap dan agak bwh dr pemandangan luar..<--apa la ayat...xpandai nak describe.. selama2 atie belajar kt Gombak dulu..scary mary je kalau lalu kt sebelah station tu..bertutup..rasa bulu roma menegak~<--gimik je..lalalala
sewaktu belum dibuka dulu..macam bangunan tak siap!
"pic from free encyclopedia 'wikipedia' "

atie terbaca org kata ada hantu di situ..ada yg kata ada eksiden la, ada pernah nampak bayang2 putih la..siap ada ckp ada nampak bayang-bayang P Ramlee..
ada kata ada nmpak hantu nama rampai<--lari jauh merapu dah ni..

sebab berhantu la tak buka-buka station ni dari hari LRT start servis mereka..

tp atie google lagi..dlm wikipedia ckp..tak buka sebab tunggu kawasan sekitar station tu membangun..dulu situ adalah macam hutan kecil dalam setiawangsa..hehe..skang dh ada apartment..ada wangsa walk..dan adala lagi semak-semak berhampiran..

so..dulu ada hutan..makna ye mesti btul ada hantu..lalalala..kesimpulan tak masuk akal..

korang rasa ada hantu tak?

::Cook at Home::Singgang~

sapa tau singgang ni apa??
atie tak tau masakan ni berasal dari mana..tp dr kecil la ati dh tau masakan singgang ni..
Makanan paling senang dan ringkas dan mudah dan cepat!
sesuai untuk org yg dlm pantang eksiden..pantang bersalin tak pasti pula..hehe

Bahan-Bahan
  • lengkuas dihiris
  • halia dihiris
  • 2 serai diketuk
  • 2 Bawang merah dihiris
  • 4 ulas Bawang putih dihiris
  • Kunyit hidup dihiris
  • 1 asam keping besar atau 2 yang kecil.
  • Garam secukup rasa
  • 5 ulas cilli api
  • Ikan tenggiri <--nak ikan lain pun boleh
  • Air!
Cara-cara
  1. Isi air 3 suku periuk..
  2. Masuk semua bahan yg siap dihiris dan ikan siap disiang dalam periuk.
  3. Tunggu sampai masak!
  4. Siap!
Singgang! ni saya dah makan skit..lalalaal~

kenapa menyeksa saya malam ni? =(

malam ni lain dari malam biase

tak macam selalu..

dan dah hampir tengah malam...

awak masih macam ni..

nape masih tak berubah lagi keadaan awak?..

pedih sgt saya rasa..

saya tak mampu menanggung rasa yang pedih macam ni..

tak tahan la saya macam ni...

saya dah buat macam-macam untuk awk..

saya dah beli menda khas dh bg awk malam ni..

apa yang awak nak lagi?..

saya sedih la awak buat saya macam ni..

tak dapat la saya tido lena malam ni..

awak memang sengaja nak wat saya terseksa malam ni..

Awak tak tahu ke apa saya rasa ni?

Awak tak faham ke?

saya dah belai awak

saya dah pegang awak

saya dah usap awak ngan lembut

tapi..

awak masih sama je..

awak tak berubah pun..

awak masih lagi gastrik dan biarkan Tuan awak ni meringkuk kepedihan dan sakit yang amat malam ni..."Perut"
~free photo library fotosearch~

hehe..pedih perut la..Gastrik menyerang..erm..SEKIAN..

Blogger-blogger bergaduh?

aku sedikit lmbt bc entry yg telah menaikkan kemarahan blogger yang lain..

Siapa?

korang blogwalking la..mesti jumpa punye..bukan bergaduh pun dieorg ni cuma mcm bertengkar dengan balas-balas komen yang panas..aduhai..

ramai rupa ye manusia yg berdarah panas zaman ni..melenting sampai komen yang melampaui agama..mungkin kerana kemarahan tu membuatkan nafsu menguasai tangan untuk menaip dengan laju dalam perasaan marah.

cuba korang tengok belakang korang..ada seekor benda bertanduk ngah usap kepala korang sambil ckp..
"tulis lagi...tulisss mcm tuu!bg semua gaduh!!"

hahaha..tp btul pun aku ckp..

dan rational la skit klu nak wat entry tu...jgn berat sebelah..dan diingatkan berkali-kali..sebarang menda yg diambil dr internet tetap bukan hak anda..sekali pun dr google..wlpun korang letak kt ctu ckp amik menda tu dr google..klu ambil movie or lagu-lagu mp3?korang tahu plak tu cybercrime..tp sbb dh biase amik..menda lain nak amik pun rasa xsalah..unless korang amik dr tempat yg mmg provide menda tu free..kire copyright die yg bg korang free mcm gmbr aku kt entry atas ni..

kesimpulannya..pi belajar ilmu cyberlaw abis2..SEKIAN

Wedding invitation

secara rasmi ye..saya nak jemput semua kwn2 yang mengenali diri saya ke majlis perkahwinan saya di rumah kedua ibu bapa saya yang berada di pahang~maklumat perkahwinan adalah seperti di bawah..

~
~~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~~
~
~
~
~~
Walimatul Urus
atie & Izuan
~
~
~
~
~
~

~
~
~
~
~
~
Tarikh:belum ditetapkan
Tempat:belum ditetapkan
Masa:entah bila..
~lalalala~
;p

sebenar ye..invitation adalah topik hangat berbincang mlm td..sebab ye smlm ckp pasal ada org xbg duit kt kawan bila kwn dh dtg tolong kt wedding die..sudahla jauh dtg ye..huhu..dan topik tiba2 berubah psl kawan kami datang ke tak kalau wedding tu kat kuantan..

truly ngan hati rendah diri..xpernah aku kisah kalau kawan tak dapat dtg..since aku pun selalu tak dapat dtg wedding kwn2 yg jauh di negeri masing2..though, i excited if all of u come..tp..mcm2 benda kena pertimbangkan..penempatan kwn..perjalanan ke rumah kite..kan?

kalau aku ckp skang aku akan sediakan penempatan korang..tp bila masa dh smpi aku tak mampu nak sediakan sbb duit dh ribuan ringgit habis kt persedian perkahwinan..mesti korang frust kan?

so..aku xkisah pun+aku takut xcukup nasi kenduri..hahaha..kwn2 kedua ibu bapa sudah ramai tak terhingga..kalau korang dtg ramai2..haih..xcukup nnt..aku tau korang makan BANYAK!


P/s:gurau je..tetamu yg dtg membawa rezeki ke rumah kami..Jemputlah ramai-ramai nanti..entah bila..tunggu dan jangan byk tanya..byk tanya nnt aku tak jadi kawin..hehe

entry gurau manja hari ini.. ;p

THE END!

Jan 5, 2011

::Bake at Home::Bake Macaroni~

Back to memasak..mari belajar buat Makaroni bakar!

Bahan-bahan
  • Daging Ayam yang dikisar
  • 1 bawang besar dikisar
  • Italian herb
  • Sehelai daun bay leaves
  • Telur 4 biji - dipukul
  • Lada hitam
  • 1 tin susu cair
  • setengah liter susu lowfat
  • garam
  • Mix vegetable or spinach(bayam)
  • 1 bungkus macaroni
  • bawang goreng
Cara-Cara
  1. Rebus macaroni dengan air garam
  2. Tumis bawang besar yang dikisar, Italian herb dan bay leaves
  3. Masukkan ayam dikisar bersama tumisan td
  4. Masakkan sambil kacau hingga kering
  5. Campurkan mix vegi/bayam dan kacau sehingga separuh masak mix vegi or bayam td dah sedikit layu
  6. Tutup api
  7. Masukkan susu cair + susu low fat + Telur + Garam secukup rasa..Kacau or gaul rata
  8. Masukkan mix vegi/bayam dan ayam yg masak td + macaroni dalam campuran susu dan telur td + bawang goreng
  9. Letak dalam acuan
  10. Tutup bahagian atas acuan dengan aluminium foil
  11. Bakar dalam oven selama 40 minit / 240 c atau hingga garing
  12. SIAP!
Macaroni bakar with bayam on it..
Usually pki mix vegi..time ni test bayam..

GiveAway EdY : Awak Busuk!

tag from Iera yahaya..

  1. entry..done
  2. tinggalkan link ke link blog edy..done
  3. banner..done
  4. follower..done(dah lama follow edy dan suka baca blog die yang suka merapu tu.<--marah edy)
  5. Tag follower saya cik diana dan blog ash ..done
  6. pastikan dieorg tahu,..done..(belum wat lagi waktu tulis ni)
  7. tinggalkan komen..done!(ni lagi la belum wat lg waktu tulis ni )
  8. habis menulis..Done!

Jan 4, 2011

Bayi 1kg dalam tangki air~Hospital Serian

kepada yang membaca suratkhabar mesti baca pasal isu baby seberat 1 KG yang ditemui di dalam tangki air tandas Hospital serian pd hari sabtu yg lalu..

Arini Utusan bawakan lagi berita itu dengan seorang remaja 15 tahun yang mengaku membuang bayi terbabit..

DAN...

korang jangan salah faham..remaja tu dah berhenti sekolah n dah kawin ngan pemuda berumur 22 tahun..dan tak tahu diri mengandung..pastu mak ayah bw pi hospital..sbb die ckp skt perut..

sampai hospital die masuk toilet sementara tggu jumpa doktor..dan baby tu kuar sekali waktu die membuang air kecil dan masih HIDUP!!

remaja yg panik ni pi flush!..confirm xlepas..pastu letak dlm tangki air..lemas bdk yg kecik 1kg tu..cian die..

bdk ni selamber abis..cuci darah kuar dr toilet ckp kt parents xskt perut dah..balik rumah..haih..

maybe tu la sebab ye undang2 xbenarkan remaja seawal 15 tahun kawin..panik tak pasal-pasal..pregnant pun tak tahu...

tapi actually aku bc news ni ngan gelak2 abis..entah nape rs lawak..naive~

Reference?
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_12.htm

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=553763

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/2/nation/20110102185410&sec=nation

http://www.allvoices.com/contributed-news/7788046-cases-of-baby-dumping-occurs-continuously

Google Reader + Blog saya follow

Entry kedua Hari ni lari skit dari memasak..tapi pembaca jangan lari..atie ada lagi dua resepi yg excited nak bgtau kat semua pembaca..next entry..

Sekarang...nak cerita pasal Google reader yang sangat menyenangkan..just click it..n now..u can read all the latest post by all the blog u follow..

whats the point u follow blog tu, tp korang tak jenguk pun blog die semula..sekali je dtg tekan follow pasu tak nampak bayang dah..

okla..jgn jadi noob!!..pd pengguna blogspot @ gmail @ google sila google cari google reader masing2..so..die keep track semua latest entry blog yang korang follow..Just scroll and click to read it all.



mcm yg atie punye ni..so, baru dua jam tinggal google reader dh ada 26 update entry baru dr blog atie follow atie tak baca lagi..erm..banyak ye blog atie follow..huhu

ok.sekian..Jom baca!!~~

Jan 3, 2011

::Cook at Home::Daging Goreng~~

Makanan yang sedikit rasa pedas, masam dan menyelerakan..

Bahan-Bahan
  • 3 ulas Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • sedikit serbuk kunyit untuk digaulkan bersama daging
  • 3 cili besar
  • 7 cili api(ikutla nak pedas mana)
  • sedikit halia
  • Setengah bawang besar yang dihiris
  • daging yang dihiris nipis
  • sedikit Air asam jawa untuk digaul bersama daging
  • Garam secukup rasa
  • dan sedikit minyak masak!
Cara-Cara
  1. Hiris daging nipis2
  2. Gaul kan daging bersama sedikit garam + Serbuk kunyit + Air asam Jawa
  3. Letak minyak dalam kuali
  4. Gorengkan daging yang dah diagaul dengan bahan tadi hingga garing dan kering
  5. Bawang merah, bawang putih, halia, cili besar dan cili api dikisar bersama.
  6. Campurkan bahan dikisar tadi bersama daging yang sedang digoreng tadi..tumis bahan tadi dan gaul sama rata bersama daging yang digoreng.
  7. Hiris bawang besar
  8. Masukkan bersama daging goreng dan digaul rata
  9. SIAP!!
Daging Goreng!!

Jan 2, 2011

::Cook at Home::Ayam masak Halia~~

oops..gambar tak sempat amik..dah makan kenyang dl..
semalam..atie masak utk family makan dinner..coz..dh lewat n dh ptg baru balik rumah..so the quick menu mestila tomyam..n i add ayam halia utk menambahkan selera makan..

Bahan-Bahan
  • Halia..dihiris
  • Ayam hiris jugak kecil-kecil
  • Halia+bawang kecil+bawang putih (kisarkan)
  • sos Tiram
  • Kicap manis
Cara-Cara
  1. Masukkan minyak..jangan byk sgt...bukan nak goreng ayam or ikan or keropok..tp jgn skit sgt bukan nak goreng telur sahaja..
  2. Masukkan hirisan halia..kacau skit..
  3. Masukkan ayam yang dihiris td
  4. gorengkan ayam dan halia td smpi air dlm kuali tu kering
  5. masukkan bahan-bahan yang dikisar td..
  6. kemudian masukkan sedikit sos tiram dan kicap manis
  7. Kacau bagi rata!
  8. Siap
Gambar diambil dari internet!
tp ni ada tomato la..cili la..bahan2 sampingan..xperlu pun xpe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...