Feb 18, 2011

I’ve Got the Power with Sucker Punch

First time ever i choose to say something about a movie that will be launch on March this year.I like the poster plus i love the synopsis too!



i Choose this movie since i like the synopsis of the story + i like when woman have the ability to survive without depending others!I love to watch woman in action!yeeehaaa~lalala


If i'm the one who need to survive and escape!!! i will perfectly plan my strategy without any mistake happen on it. every step that i choose i need to know the consequences that will happen and how should i avoid so that my plan will run smoothly. I will train myself to have full strength, powerful and strong not just to survive for myself but to help my friends too so that everyone will be safe in this escaping plan!Though the journey for freedom are tougher than what i expected i will sacrifice anything to received the freedom of the world!

berlebih sudah angan-angan saya..ok..saya nak tengok cerita ni..walaupun lambat lagi nak kuar kt movie!(^_^')~lama sudah tak pergi tengok movie..huhu

Kawan dengan musuh

semalam ada orang tanya saya..

"pernah tak bila tgk seseorang tu anda rasa tak suka sgt dengan org tu wlpun org tu tak kacau awk pun dan orang tu tau anda tak suka dia"

saya pernah tak suka orang..tapi orang tak tahu yg saya tak suka orang tu..

saya pasti..semua org ada perasaan masing-masing..bila melihat seseorang..anda akan rs tak suka..padahal dia tak buat kacau ngan korang..malah saya tahu..mungkin ada orang yg pernah tgk saya n tak suka saya..haha

andai orang yg anda dalam diam tak suka tu..nak berkawan dengan anda, pilihan mana yg anda pilih?nak berkawan atau tidak?saya pilih..berkawan wlpun dlm hati

"gila ke die ni nak berkawan dengan aku"haha

selalu ye dalam proses berkawan tu pandangan anda akan berubah terhadap dia..ada dua kemungkinan:

"org ni baik je..nape la aku benci dia dulu"

atau anda terluka dengan sikap dia

"Menyesal ye la aku berkawan dengan dia ni"

dua hari lepas saya mengalami perasaan kedua..erm..so..saya jd double membenci pd dia..

saya tak boleh mengatakan saya menyesal memilih berkawan dengan dia dan saya juga tak boleh kata saya tak menyesal berkawan dengan dia..huhu..


skang ni..saya tak memilih utk bermusuh..kerana dengan bermusuh, hati saya lebih cepat dikawal nafsu yg membara..saya lebih memilih utk kembali pd asalnya..seperti sebelumnya sewaktu saya tidak mengenalinya..hanya "hi hi n bye bye" sahaja..dengan cara itu..saya tak akan bercakap (mengumpat) tentang dia dan sekaligus mengawal mulut saya dr berperang mulut atau menyakiti hati dia pula..cukuplah hanya saya yg terluka dengan sikap dia.

Sekian! dari orang terluka!Zzzz

weekend ni saya akan hilang lg dr update blog..(^_^')

Feb 17, 2011

Fitness club

Rutin Harian yang tak tahu sampai bila boleh kekal ni..
Setiap hari balik dari kerja akan singgah kat fitness club concorde Shah Alam
kalau weekend..pagi2 pas subuh dah terpacak kt depan gym.
Kilo Fitness Centre!


kalau rasa rajin..
jogging 30-40 minit
swimming 30 mnit
sauna 30 minit


gmbr dr concorde shah alam website

kalau malas..jogging 30-40 minit dan balik rumah..

Jom Sihat!!


Feb 16, 2011

::Bake at Home::Orange Cake~

haritu bahan2 main campak2 and campur2 je..hehe..kali ni over rajin pukul satu2 bahan nak wat kek ni~

Siapa makan Cupcake orange ni??


Bahan-Bahan
  • 6 oz Butter
  • 6 oz Gula
  • 4 biji Telur
  • 9 oz Tepung Penaik / Tepung gandum with satu sudu besar baking powder
  • 2 biji sunkist yg kecil or satu biji sunkist yg besar.
Mari mencantikkan kek dengan rasa enak dan gebu~

Cara-Cara
  1. Pukul butter sahaja sampai kembang / jadi putih skit
  2. Pecah kan telur dengan mengasingkan telur putih dengan telur kuning.
  3. Pukul telur putih dan gula sampai kembang/putih
  4. Masukkan Telur kuning sebiji demi sebiji ke dalam butter yg dah kembang tadi.kacau dengan spatula secara perlahan2 sampai sebati.
  5. Parut kulit limau.jangan ambil warna putih..ambil kulit luar oren sahaja.potong kan limau dan perah kan air limau dalam bancuhan butter dan telur tadi.
  6. Masukkan juga parut kulit limau tadi.dan kacau perlahan-lahan.
  7. Masukkan Tepung dan telur putih sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan limau dan butter dan kacau perlahan-lahan.
  8. Masukkan dalam acuan
  9. Bakar dalam suhu 180c selama 45 minit/sampai masak~
Orange cake yang diletakkan dalam bekas cupcake


Orange cake yang dicampur coklat cube dalam acuan


Siap..siapa nak??



yg ada coklat ni lagi sedap~~

Feb 14, 2011

::Bake at Home::Butter Cake with cube Chocolate~

Petang smlm tiba2 wat kek..kek cepat nak siap..tak sampai satu jam siap..

dalam fikiran bermain2 no 6, 6, 4, 9..bukan no ekor tau..tikam tak menang punye..sbb ada no 4..hihi

Rahsia no dpt dr kakak atie, kalau nak wat kek ingt la no tu.selebih ye, kita boleh campur bahan2 lain ikut cita rasa sendiri.apa ye dengan 6,6,4,9 tu:

6 oz gula
6 oz butter
4 biji telur
9 tepung


Sebelum Masak Semalam

Untuk lebih sedap dan rajin..asingkan putih telur dengan kuning telur lain2..untuk cepat dan malas..Sila campak2 je bahan2 ye pukul satu2 ye..pukul butter smpi kembang br masuk telur, malas nak terangkan satu2..haha..bakar 180c dlm oven.

Siap masak dan dipotong

Feb 13, 2011

Potongan Orang Sunat?

baru sehari saya tak update blog..nape ada keyword pelik plak kuar??


manala atie tahu..tak pernah tulis sunat2 ni..lagipun perempuan sunat lepas lahir..tak tahu pape pun..kalau ckp psl potong2..adalah tulis potongan..tp..potongan kek la kan..mana ada tulis potongan sunat..

pelik2..

walaupun sehari tak update..Alhamdulillah..dpt BE yg ke-4..Terima Kasih Nuffnang!!
Petang tadi..wat kek campak2 bahan ye..tak timbang atau sukat dengan tepat..dan ikut resepi otak sendiri..haha..end up rasa sgt sedap..hebat2..nnt esk atie tunjuk..bye!

Feb 11, 2011

Pantai Sepat

Hari ni entry jalan-jalan kuantan yang terakhir...

Pantai Sepat..the only Pantai yang kiteorg suka mandi dari kecik lg..

Tak sibuk macam Pantai Teluk Cempedak , kat sini leh wat aktiviti contoh ye main istana pasir..yeah!

Nak sampai sini pun agak jauh..maybe tak ramai tahu melainkan orang kuantan sahaja.

warna air pantai tak macam air sungai lembing pasir kubur

Istana Pasir yang kiteorg bina dlm setengah jam

sebelum tinggalkan pantai sepat..my niece pijak dulu istana pasir..

Feb 10, 2011

Pasir Kubur

Bukan Pasir Kubur..tapi nama Tempat perkelahan..

actually ni tempat perkelahan sungai kt sg. Lembing Kuantan..

Perkelahan Pasir Kubur

Tempat Mandi yang best..air sungai cantik..byk batu2..boleh licin kan tapak kaki..

hah..nak sampai dah

Cantik tak?Alam Semula Jadi tanpa diganggu


air sungai ye jernih..bukanla mcm teh susu warna ye..Sejuk!



cantik kan???cepat cakap c
antik!!
Sekian..Jom Jalan2..(^_^)

Feb 9, 2011

Teluk Cempedak

Tempat menarik kat Kuantan..Teluk Cempedak @ TC..tak la berapa menarik pun..kalau kiteorg..mls nak pergi sbb ramai org dan parking pun susah..
kiteorg pergi sbb bawa org jalan2 tempat tumpuan org di Kuantan..


kan dah cakap ramai orang

Kucing pun ada kat sini..kiki

TC ni ada side pantai dan ada side batu2

Jalan @ jambatan ke side sebelah pantai berbatu2

ada Mc Donalds, ada KFC - 24 hours semua ye..

Tapi untuk pengetahuan korang..Teluk cempedak ni sebenar ye agak bahaya nak mandi..walaupun dh letak bendera merah..orang selamber mandi..setiap tahun akan ada nyawa diragut oleh teluk ni..hari kami pergi ni bendera merah..tapi ramai je org mnd..baby pun ada..

ketahui la pantai ye tak landai mcm pantai lain..jaga-jaga keselamatan kalau degil jugak nak mandi..(^_^)

Feb 8, 2011

Kurang Ajar!

Arini semua entri nak tajuk marah2..haha..tp kali ni bukan saya yg marah..ada org marah sebab ada Anak Malaysia yang kurang Ajar..hoho..jangan main2 la..

last week..we all OTW ke tempat jualan brg2 peralatan rumah..tapi tutup rupa ye..Chinese New Year..dr jarak 50 meter dah boleh nampak tulisan ni..Marah betul org ni..mungkin dia dah penat melayan kerenah orang yang tak hormat rumah dia..


Mungkin sebab rumah ye di sebelah kedai barangan murah tu..so..jadi sasaran org ramai yg menumpang parking dan lalu lalang di situ buang sampah di depan rumah dia.


Kesimpulan saya..apa perasaan anda kalau org buang sampah merata-rata di depan rumah anda?fahami la die jugak..dia pun anak Malaysia..(^_^)

Pemandu biadap!

Maaf jika saya kasar..tapi saya tak boleh dah nak toleransi dengan pemandu yg membahayakan nyawa org lain.

jangan rasa hanya kereta anda sahaja berada di atas jalan raya. bawa kereta sila menggunakan semua peralatan kereta!!!!

cermin pandang belakang, cermin tepi untuk apa?untuk melawa?picit jerawat?
sila ingat..cermin bukan hiasan..cermin digunakan untuk anda prihatin kiri, kanan, depan dan belakang.

signal..jangan lupa..sila melihat cermin dan bagi signal untuk anda masuk ke lorong sebelah..jangan biadap masuk tanpa melihat cermin dan bagi signal..lagi biadap org dah hon pun wat tak tahu je.

dan, dah keluar simpang jangan ikut sedap hati terus nak ke lorong tengah!!

sila buang kereta anda ke dalam laut kalau tak praktik kan apa yg anda belajar waktu pergi ke kelas memandu!

Feb 7, 2011

Kacau

Ada sesuatu menganggu fikiran..

sejak kembali dari kampung

sampai sini sahaja

Feb 2, 2011

Roborovski Hamster

saya jumpa gmbr lama~rindu pada hamster ni..2 tahun lepas sy ada 2 ekor hamster jantan..

actually saya nak jantan n betina, tp bila saya dah arif pasal hamster br la sy perasan hamster sy dua2 lelaki..so, sy pggl gay hamster..haha~

rindu pada mereka..tak tahu mereka hidup lagi ke tak..saya bg pada kawan dah..kalau hidup lagi..pjg betul umur mereka..biase ye hamster hidup 2-3 years je.
Tengok betapa comel ye mereka~rasa nak campak~haha

ni type Roborovski..tak manja, liar, susah nak pegang, lembik, tak menggigit dan sgt aktif bermain.

sedang minum air

sgt suka binatang bulu ni..comei dan kecik..cuma sy dh bg kwn sbb saya super extra mls nak tukar2 habuk kayu dieorg...lagipun saya basuh bekas dieorg setiap kali tukar..nak bg lebih bersih dan wangi..hehe..

alert je kalau ada org dtg dekat bekas dieorg


sangat suka..binatang ni~

Feb 1, 2011

Red Velvet Birthday Cake

sebelum saya tunjuk kek ala comot ni..

saya nak doakan keselamatan bukan sahaja rakyat Malaysia..tapi semua rakyat asing yang tidak terlibat dengan rusuhan di Mesir..Semoga semua ye selamat dan sentiasa dilindungi oleh Allah..

Mari lihat kek red velvet saya yg comot..
sebelum tu..
Mari berkenalan ngan Hot mama yang ajar saya wat kek ni..hehe

diario del corazón


kalau kek die mmg cun abis..cream pun cantik siap ada hiasan..kek saya..hahaha..mmg comot abis..mmg fail la wat cream ni..takpela..belajar lagi..huhu..

Cream yang mmg comot.tulisan dihasilkan anak sedara khas untuk mama die..

alasan terbaik..tak cukup alatan lg..huhu..nnt la..beli skit2..hahha
menda paling kelakar..warna merah tak cukup..so saya tuang warna pink..kakaka

potongan kek

tapi kek die sgt sedap dan menjadi..ok..sila jgn perli saya...haha

Sekian~

Buat duit dengan Churp Churp Nuffnangs

Nak sharing Churp Churp ngan kawan-kawan.


Churp Churp ni Nuffnangs punye jugak..Bukan nuffnang je blogger boleh dapat duit.

Churp Churp pun boleh dapat duit dengan hanya sharing News yang dieorg bagi.sedar-sedar dah dapat duit skit.(^_^)

Kadang-kadang dieorg akan pilih churp churp kita untuk scheduled tweet. Kalau scheduled tweet kita terpilih kita akan dapat lebih skit..Now saya sharing scheduled tweet utk hot Ticket Chinese New Year..

My earnings tak adala byk sangat baru je sebulan join, tu pun kadang2 ingt nak share, kadang2 tak ingat..tapi dalam tak ingat dah dpt la byk jugak.


Jom Churp Churp Nuffnang ramai-ramai

Churp Churp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...