Dec 4, 2010

::Cream puff + Chocolate Eclairs::

Arini mcm ada kenduri di rumah..macam2 wat..(^_^)..menu arini..makan apple pie n aiskrim vanilla+cream puff classic+choclate eclairs..
untuk resepi apple pie click sini..Apple Pie
apple pie arini untuk 40 biji epal merah

Basically, cream puff and chocolate eclairs ni sama je..cuma, ada orang wat cream puff letak inti yg ada rasa jagung skit and for eclairs, dah tentu la custard cream dan chocolate di atas ye..tp ada jugak coffee eclairs mcm dlm french at home by Laura Calder..(^_^)

Bahan - bahan untuk pastry cream puff dan eclairs (untuk bancuhan banyak)

  1. 250g tepung gandum
  2. 4 sudu teh baking powder
  3. 200 g butter
  4. 1 sudu teh gula
  5. 6 biji telur
Bahan - bahan untuk inti
  1. 2 cawan susu
  2. 1 sudu teh esen vanilla
  3. 6 biji telur kuning sahaja
  4. 1/2 cawan gula
  5. secubit garam
  6. 1/3 cawan tepung gandum
  7. 1/2 cawan whipped cream
  8. 1 chocolate bar dicairkan (untuk chocolate eclairs)
  9. 1 jagung dalam tin(untuk cream puff inti kalau rasa nak campur kastard cream ngan jagung untuk rasa jagung yang best)(optional)
Cara-Cara untuk pastry
  • Tepung Digaul bersama baking powder
  • Masukkan air, gula dan butter ke dalam periuk dan kacau sampai mendidih.
  • Masukkan tepung dan baking powder yang dah digaul td
  • Kacau hingga adunan tidak melekat
  • sejukkan
  • letak adunan dalam bekas mixer dan pukul telur satu persatu dengan adunan tadi.
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag..sila cari nozzle yang besar
  • sapukan tepung atau butter nipis sahaja dalam talam yang akan digunakan..supaya adunan tidak melekat pd talam
  • picit piping bag berisi adunan ke dalam talam yang disediakan
  • Spray air pada adunan di atas talam untuk membantu adunan naik.
  • Bakar dalam oven 250c selama 30 minit atau smpai puff jd coklat
  • keluarkan dan gunting sedikit dibahagian tengah untuk meletakkan inti nya
Cara- Cara untuk inti
  • Tuang susu ke dalam periuk bersama esen vanilla
  • Panaskan hingga mendidih dan tutup api.
  • sejukkan selama 10 - 15 minit
  • Ambil kuning telur dan pukul bersama gula hingga kembang
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit
  • Tuang susu yang dah disejukkan tadi secara perlahan-lahan ke dalam adunan telur sambil mengacau
  • Panaskan adunan td semula dengan membuka api dapur yang sederhana dan jangan berhenti mengacau sehingga adunan menjadi pekat.
  • untuk rasa jagung, campurkan jagung dan kacau sehingga adunan menjadi pekat(optional kalau nak rasa jagung)
  • tutup api
  • Salinkan adunan td ke dalam mangkuk lain dan tutupkan ye dengan plastic cling bagi mengelakkan adunan mempunyai lapisan berkepala di atasnya.
  • Biarkan sejuk.
  • Pukul whipped cream hingga kembang dan campurkan dalam adunan yang disejukkan td dan kacau secara perlahan-lahan
  • untuk eclairs, setelah letakkan cream di bahagian tengah, celupkan eclairs ke dalam coklat yang sudah dicairkan mengikut cara anda.
Siap untuk dihidang!!!
Cream puff yang comel..kerana saya hanya ada nozzle kecil..samala eclairs pun halus je

Eclairs yang celup hujung sahaja..jimat coklat!

p/s:penat sungguh seharian arini..
next week plak sambung..
menu next week : Trifle!!

2 comments:

Nono Fara said...

cream puff kamu tu sgt comel lote! ;)

atie said...

nozzle sy kecik sahaja..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...