Dec 17, 2010

::Bake at Home::Trifle cheese jelly~~

Ni la makanan yg paling sy suka dari kecik..
last week sy wat n mkn sepuas hati..

trifle yang menggemukkan!
jom blajar sama2..
Since trifle ni ada 3 layer so sy akan terangkan satu persatu bahan-bahan dan cara membuat setiap layer

Bahan-bahan layer biskut:
  1. 250 ml butter
  2. 1/4 cawan gula merah/Brown Sugar
  3. 1 cawan tepung gandum
  4. 1/2 cawan kacang tanah yg dah siap digoreng, dibuang kulit dan ditumbuk halus
Cara-Cara
  • Pukul dulu butter.
  • Campur kan gula merah dalam butter
  • Campurkan Tepung dan kacang
  • Letakkan dan tekan2 dalam bekas..untuk lapisan paling bawah.
  • Bakar dalam 160 c smpi masak..
Bahan-bahan lapisan kedua cream cheese
  1. 200 gm jeli lemon(sila cari di kedai bakeri)
  2. 3/4 cawan gula(xyah letak pun xapa)--saya xletak pun
  3. 2 cawan air panas
  4. 625 ml Whipping cream
  5. 250 ml cream cheese
Cara-Cara
  • Rendamkan lemon jeli ngan 2 cawan air panas td
  • biarkan sejuk..tp jgn sejuk sgt nanti jeli keras plak.
  • Pukul whipping cream sampai kembang
  • pukul cream cheese sampai tidak berketul
  • Campurkan cream cheese dan whipping cream dan mix kan.
  • masukkan jeli lemon td dalam mix cream cheese and whipping cream
  • dah siap..letak atas base layer yg dah masak td.
  • biarkan die sejuk dan sedikit keras
Bahan-bahan penutup
  1. 2 kotak jeli raspberry NONA
  2. 3 cawan air panas
  3. dan buah peach dalam tin yang dipotong nipis2
Cara-Cara
  • Susun buah peach atas cream yg dah sejuk td
  • Kalau jeli raspberry dah sejuk..curah secara perlahan2 atas cream yg ditabur peach td..
  • sejukkan dalam fridge
Siap!Ni lapisan atas..nampakkan buah peach tu..saya susun rapat2

Lapisan Trifle...Biskut+cream cheese+Jelly n peach

xtahu nak bake apa this week.
ingt nak wat chocolate rice tp out of budget dah..hoho

5 comments:

Cikgu Fikri said...

wah...
sedapnyer..
tp, byk bhn dperlukan kan?
hehhehhe :)

Nono Fara said...

cool giler. thanks for sharing the recipe. leh try next time ehehhehe

atie said...

@Cikgu fikri:yup..trifle mmg byk bahan sbb banyak lapisan kena wat..

@nono:welcome..very nice dessert to be test and eat!!kalau byk duit i dh wat every week dah!

♥ Funna ♥ said...

wah!triffle..sedapnye..den teringin nk wat tp xsompat nk wat bondo2 ni semuo..hari2 kijo kata..haha

atie said...

atie pun kerja hari2..hehe..akan buat sesuatu every weekend.. (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...