Showing posts with label masak dari rumah. Show all posts
Showing posts with label masak dari rumah. Show all posts

Feb 16, 2011

::Bake at Home::Orange Cake~

haritu bahan2 main campak2 and campur2 je..hehe..kali ni over rajin pukul satu2 bahan nak wat kek ni~

Siapa makan Cupcake orange ni??


Bahan-Bahan
  • 6 oz Butter
  • 6 oz Gula
  • 4 biji Telur
  • 9 oz Tepung Penaik / Tepung gandum with satu sudu besar baking powder
  • 2 biji sunkist yg kecil or satu biji sunkist yg besar.
Mari mencantikkan kek dengan rasa enak dan gebu~

Cara-Cara
  1. Pukul butter sahaja sampai kembang / jadi putih skit
  2. Pecah kan telur dengan mengasingkan telur putih dengan telur kuning.
  3. Pukul telur putih dan gula sampai kembang/putih
  4. Masukkan Telur kuning sebiji demi sebiji ke dalam butter yg dah kembang tadi.kacau dengan spatula secara perlahan2 sampai sebati.
  5. Parut kulit limau.jangan ambil warna putih..ambil kulit luar oren sahaja.potong kan limau dan perah kan air limau dalam bancuhan butter dan telur tadi.
  6. Masukkan juga parut kulit limau tadi.dan kacau perlahan-lahan.
  7. Masukkan Tepung dan telur putih sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan limau dan butter dan kacau perlahan-lahan.
  8. Masukkan dalam acuan
  9. Bakar dalam suhu 180c selama 45 minit/sampai masak~
Orange cake yang diletakkan dalam bekas cupcake


Orange cake yang dicampur coklat cube dalam acuan


Siap..siapa nak??



yg ada coklat ni lagi sedap~~

Jan 28, 2011

::Cook at Home::Nasi Goreng Kerabu~

menu rushing petang smlm untuk makan seisi keluarga bila kakak sibuk dengan baby, saya baru balik kerja..anak sedara perempuan pun br balik tuisyen..

Bahan - Bahan
  • 5 ulas bawang putih - kisar
  • 1 ulas bawang besar - kisar
  • sedikit udang kering -kisar
  • sedikit halia - kisar
  • 6 ulas cili api - kisar ( ni ikut selera la..saya suka pedas)
  • 3 batang serai - kisar
  • 2 batang serai - hiris
  • 1 bunga kantan - hiris
  • Sayur kobis - hiris ( sayur pun..ikut selera la..nak senang sayur ni)
  • 2 biji telur
  • Ayam - potong kecil2
  • Fish cake - potong
  • Garam secukupnya
  • Nasi yang siap dimasak
Cara - Cara
  1. Goreng telur bagi nampak macam scramble egg atau telur hancur..Boleh jugak nak masuk akhir sekali..tapi nnt kena serap ngan nasi..tak rasa la telur nya
  2. Letak ke tepi telur tadi
  3. Masukkan minyak dalam kuali
  4. Minyak dah pns..tumis semua bahan-bahan kisar bawang, halia, cili api,udang kering dan serai
  5. masukkan Ayam.
  6. Masukkan Garam secukup ye
  7. Tambah sedikit air.skit je!suku cawan je..
  8. Dah masak skit ayam, masukkan fish cake, dan bahan yang dihiris, serai dan bunga kantan
  9. Air dah kering skit.Masukkan Kobis
  10. Masukkan Telur digoreng tadi..
  11. Dan terkahir sekali..masukkan nasi..Gaul bagi sama rata.
  12. Siap!
Nasi goreng dengan keropok udang dan sotong!

Jan 26, 2011

::Cook at Home::Mix Vegetable with Olive Oil~

Sayur ni adalah sayur campuran, kobis bunga, broccoli, cendawan butang, carrot di masak bersama olive oil.

olive oil adalah minyak yg sgt berkhasiat dan kurang kolestrol dan mahal..hoho
ok..berhenti membebel..

Bahan-bahan
  • Broccoli
  • Kobis bunga
  • Carrot
  • Asparagus - option je..saya suka asparagus
  • Olive oil
  • Cendawan butang - potong2 kan
  • 2 ulas bwg merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia - untuk lembut kan isi ayam
  • Ayam /kisar sampai hancur
  • garam
  • Lada hitam
Cara-Cara
  1. Masak air dengan garam
  2. Masukkan Sayur carrot, kobis, asparagus dan broccoli di dalam air garam yang di masak tadi
  3. Masak kan hingga sayur2 td lembut..tapi jgn terlampau lembut..nnt hancur plak
  4. Tapiskan sayur tadi dan letakkan ke tepi
  5. Masukkan olive oil dalam kuali.
  6. masukkan ayam yang dikisar td dan kacau bagi hancur ayam tu..walaupun kita dah kisar die masih melekat2
  7. Dah hancur ayam, masukkan lada hitam dan sedikit garam.Kacau kan.
  8. Masukkan Cendawan butang
  9. Masukkan sayur yang dah separuh masak tadi.
  10. Gaulkan bagi sama rata..
  11. Siap!
Sayur Olive oil siap!

Jan 19, 2011

::Cook at Home::Ayam Seri Wangi~

Dah brape entry tak tulis resepi..arini nak cter pasal ayam seri wangi..
Menu ni, datang dari chef wan punye menu tapi diubah serba sedikit..

Bahan-Bahan
  • Ayam
  • Daun Limau Purut 2(4 helai )
  • Mayonis
  • Tomyam adabi paste 1
  • Tepung Jagung
  • Tepung goreng serbaguna
  • 1 Serai hiris
  • 1 Bunga Kantan hiris
  • Halia blend
  • Bawang Merah 3 ulas blend
  • Bawang putih 3 ulas blend
  • Telur
  • Sos tiram
  • Garam
Cara - Cara
  1. Perap ayam tadi ngan sos tiram, telur dan sedikit garam untuk setengah jam
  2. Gaulkan ayam bersama tepung serbaguna dan tepung jagung dan gorengkan ye.
  3. Tumis Bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun limau purut, dan bunga kantan.
  4. Masukkan Tomyam paste
  5. Masukkan ayam yang dah siap di goreng tadi.
  6. Akhir sekali, tutup api dapur..masukkan mayonis, dan gaulkan sama rata.
  7. Siap!
Ayam Seri Wangi!

Jan 14, 2011

::Cook at Home::Pasta Salad~

Semalam Potato salad..arini Pasta Salad ala-ala kenny rogers jugak..

Bahan-Bahan
  • Pasta spiral
  • Garam
  • Broccoli
  • Bawang besar-separuh je
  • Carrot
  • Bell Pepper
  • Italian herb
  • Bay leaves
  • Olive oil
  • Lemon
Cara-Cara
  1. Rebuskan Pasta spiral bersama air garam
  2. Hiriskan bawang besar, carrot dan bell pepper
  3. Letakkan Olives oil dalam kuali, Tumiskan italian herb, sehelai bay leaves dan bawang besar.
  4. Masukkan carrot, broccoli, bell pepper dan sedikit garam.
  5. Masak sehingga sayur sedikit layu.
  6. Tapiskan pasta.masuk dalam mangkuk atau periuk.
  7. Gaul kan sayuran yang anda masak td bersama pasta.
  8. Jangan lupa letakkan olive oil lagi, supaya die kelihatan sedikit berminyak.
  9. Perah kan lemon dalam pasta serta gaulkan dengan rata.
  10. Siap!
Pasta siap!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...